Thursday, December 31, 2009

Main Hati,


Kita manusia tak boleh memilih dengan betul,kita manusia diberi pilihan yang susah untuk dipilih,kita manusia tak pintar memilih ketika disuruh membuat pilihan.

tell me.Kenapa kena ada pilihan?

Seumur aku jejak kaki dalam alam 'remaja' aku telah dipaksa untuk membuat macam macam pilihan.Pilih untuk tinggal dengan Monster yang selalu bersikap aku-pun-tak-tahu atau dengan Papitos yang aku tak pernah kenal.Tinggal dengan Monster yang selalu bersikap aku-pun-tak-tahu atau dengan N dan T yang sudah membela aku sejak aku boleh bau susu dumex.

Memilih untuk bercinta dengan lelaki yang aku tak cinta kerana berkorban untuk kawan yang aku cinta.Memilih untuk tidak berkasar bahasa dan merebel kepada Monster bila Monster berlaku tak adil.Memilih untuk mengambil pil-pil bodoh daripada bertemu Tuhan.

Memilih untuk berlari daripada masalah dan mengaku menjadi orang paling tak ada masalah dalam dunia.Memilih untuk melepaskan padahal tak mahu terlepas.Memilih untuk berkorban dan menjaga hati tiap saat.Memilih untuk bersedih demi untuk lihat orang lain gembira.Memilih untuk tidak menjadi yang kedua lagi.


kita tak ada pilihan dan selamanya tak akan ada.Pilihan itu sialan.Aku tak mahu pilih lagi.Aku sakit hati memilih sesuatu yang salah.Memilih sesuatu yang aku fikir betul tapi sebenarnya salah.

Aku pilih.Untuk tidak memilih.

Selamat tahun baru semua :)