Sunday, September 19, 2010

Bila Cinta Adalah Satu Pilihan,

Perempuan - kalau diberikan pilihan,dorang akan pilih both.Sebab perempuan susah untuk lepaskan something.Lelaki pula sama macam perempuan.Mahu kedua-duanya sekali.Tapi kontranya,lelaki bukanlah seseorang yang senang untuk menyimpan pilihan dorang forever sebab dorang adalah makhluk yang bervariasi.

Pendek kata,lelaki dilahirkan untuk tidak mempunyai pilihan sama sekali.Kenapa? sebab dorang mahu memiliki semuanya dengan alasan yang berbeza-beza.Mungkin dengan cara tu lebih.. masyuk? atau..syiok?

Jelas sekali,dorang tak tahu apa yang dorang nak.Dorang tak bijak dalam membuat pilihan.Perempuan on the other hand,dah terlebih tahu dengan apa yang dorang nak.Sampai nak semua benda serba sempurna.Kenapa perempuan pentingkan kesempurnaan? Sebab perempuan dilahirkan untuk tidak mempunyai banyak pilihan.Perempuan cuma tulang rusuk Adam,lemah dan lemah lagi.Perempuan dilahirkan untuk rasa sakit dan dosanya lebih banyak daripada lelaki.Sakit hati,sakit beranak,sakit PMS,sakit terhiris jari masa siang ikan,sakit monopos dan lain lain.

Jadi dah sebati yang semua perempuan menyimpan rasa takut yang sama - kesakitan.Aku bukan menangkan perempuan weh.Tapi kau kena tahu,perempuan tak pernah salah dalam membuat pilihan.Cuma yang jadikan pilihan mereka salah adalah sifat laki-laki yang bervariasi itu sendiri!

Aku selalu kan sembang pasal pilihan.Kenapa? Sebab aku seorang lelaki apabila perlu membuat pilihan dan otomatik bertukar jadi perempuan bila dah buat pilihan.Setakat ni,pilihan aku semuanya low battery.Kesian aku.