Apakah yang yang akan tercipta jika sesebuah karya itu ditulis dalam keadaan ignoransi? Apakah yang akan terjadi jika seseorang pengarang ingin membahas tentang perbedaan tapi tidak tahu apa yang perlu dibezakan dan sebab apa ia perlu membezakan? Apakah yang akan terjadi jika seseorang pengarang hilang konfidens dengan kebolehannya? Apakah yang akan terjadi jika seseorang pengarang itu menganggap bahawa beliau telahpun hilang seri untuk menulis dan menyalahkan inspirasi yang tidak datang-datang?
Sungguh.Saya juga tidak punya jawapan yang pasti.Yang saya tahu bahawa saya ini seorang pecundang yang dilahirkan semula untuk menjadi pecundang yang lebih kecundang lagi.Adakah saya ini terlalu masokis? Saya penuh dengan persoalan yang selama berkali-kali kelahiran saya,saya tak pernah mendapat jawapan bagi semua soalan yang saya ajukan.Disitu saya tersadar bahawa Tuhan memiliki selera humor yang tinggi dan saya hanya salah seorang komedian yang bernasib malang.