Sunday, September 6, 2009

Anak Raja,


Aku pernah cakap dekat Ety betapa bertuahnya aku ada kawan lelaki yang sangat-sangat memahami macam Amer. Then aku pernah cakap dekat dia.Fydo adalah antara kawan lelaki terbaik lepas Amer. Dan ye :) Aku nak cakap dekat kau-kau pulak.

Fydo selalu ada untuk jadi telinga dan bahu.Sebab mostly dia akan jadi formula awet muda aku.Maksud aku,dia suka buat aku gelak.Sampai usus perut nak terkeluar dan pipi jadi krem.Dia kool dan comel.Kadang-kadang bila jalan dengan dia.Aku rasa macam aku tengah jalan dengan anak raja.Dan aku cuma rakyat biasa yang miskin dan selekeh.

Pernah aku cakap kat syiera pasal tanggapan aku yang Fydo ni kemungkinan anak raja.Because he's so soft spoken.Syiera suruh aku siasat. Mana tahu Fydo ni lari dari keluarga dia and jadi orang biasa sebab nak cari bini yang sesuai.Aku cakap dekat Syiera. Kalau Fydo memang betul-betul anak raja aku nak buat apa? Syiera kata ; Tampar dia. Bagus juga idea dia.Sebab lagi lah dia suka sebab tak ada sesiapa yang berani tampar anak raja.Tapi nanti aku pulak kena jadi permaisuri dia.What the hell.Kelakar doh aku jadi permaisuri.Cuba bayangkan.

Jadi aku kenal dengan anak raja ni sejak tahun lepas. Kami jadi sangat rapat.Aku writer dia poet. Sama-sama ada minat yang sama dalam sastera.Juga bintang yang sama iaitu Libra. Patutlah aku ngam sangat dengan mamat nie. Kalau tak percaya tanya madam zora.Tapi Fydo memang baik. Tadi dia buatkan aku puisi.Sumpah macam nak nangis pun ada. Dan katanya aku akan selalu jadi setan kecilnya.


Fydo ; Kau macam moody kenapa weh?

Ulii ; Aku tak rasa macam nak gelak.

Fydo ; Oh yeke..gelak lah sikit.kau tahu gajah je tau yang tak gelak.kau nak jadi gajah ke?

Ulii ; hahaha bodoh lah kau.Tengok aku dah gelak.Tiba-tiba jeh aku gelak.Kau ni pandai betul ah.Memang formula awet muda aku.

Fydo ; Yelah tu bukan amik hati kan? kau tuh cantik Ulii kau kena selalu senyum tau..kalau muram je muka kau lama-lama jadi macam siput tengah period.

Ulii ; wth? bapak ah. Ada ke? merepek sial kau.

Fydo ; Yelah sebab dia ada cengkerang so dia bleh ah standby pad period dia dalam cengkerang tuh.

See ? Dia selalu keluarkan teori-teori yang bodoh.Yang jadi sebab kenapa aku kena selalu gelak dan bersakit pipi buat janga masa yang sangat lama.The best male best friend in the world (best male best friend in the planet is for Amer and bestfriendforeverhidupmatibersamainthewholeplanet goes to miss Ety) and cutest dude alive goes to Fydo of course. Thanks bebeh Aku Sayang Kau <3