Saturday, September 5, 2009

Dari Cucu Cikgu Rahman,


I woke up at 4 in the evening today. I fast though. Watched tv and took a bath after that.Grandpa called and told me my uncle had the astro stored at their home ;) cool *claps* .And as usual his boasting about it.And he also told me mami dropped by.She took my beret along with her.Yes! Finally.Online for a bit and break fast with jemput-jemput. Its hell delicious.

Wah wah lama betul aku tak cakap english. Tak apa kan? Kadang-kadang aku macam tu.Terasa macam nak cakap bahasa asing.Nak nak lepas tengok movie yasmin ahmad en.Lagi ah. Aku sorang jeh dalam rumah yang speaking walaupun aku tahu dorang tetap akan balas dalam bahasa melayu juga.Dan time tu ah aku akan mula rindu dekat atok aku.Dengan dia jarang gila cakap bahasa melayu.Speaking memanjang.Dulu dia cikgu ;) cikgu BI. Nama dia Cikgu Rahman.

Sampai sekarang dia terkenal dekat kampung kita.Kota tinggi,johor.Selain rambut dia yang putih,berbaju apek putih dan berkasut kanvas cokelat bersama vespa hijaunya setiap hari.Dia terkenal sebab suatu ketika dulu dia seorang cikgu BI yang sangat disegani.Semua orang hormat dia.

Dan family kita popular jugalah kat sana,kalau aku pergi mana-mana aku akan dengar orang cakap 'eh,tu cucu cikgu rahman kan?' atau 'huish,comelnya cucu cikgu rahman' (ceh) dan isteri cikgu rahman adalah kak lily :) nenek aku. Kak Lily sangat popular bukan sebab dia bini si pemilik vespa hot ini.Tapi dia telah bikin empayar gara-gara nasi lemak dan laksa penang juga puding juga kuih-muih dia yang sedap tahap gaban.

Cikgu Rahman dan Kak Lily adalah pasangan yang sangat ideal. Secocok.Bila tengok dorang gaduh atas vespa kan.Comel sangat.Macam nak cubit-cubit jeh.Harituh mami ada tunjuk aku surat cinta yang atok(tata) aku bagi dekat nenek(nani) masa dia belajar dekat aussie.Kelakar bila tengok Tata romantik.Tapi itu semua bukan auta.

Kalau kau tanya aku siapa pasangan suami isteri yang paling aku sanjung tinggi. Aku takkan cakap Tom Cruise dan Katie Holmes.Tapi aku akan cakap Cikgu Rahman dan Kak Lily.Kerana merekalah Ken dan Barbie sebenar if you ask me.



So cut short. Aku rindu Cikgu Rahman dan Kak Lily !