Sunday, September 13, 2009

Small Oni,


Saya masih kecil.Tapi saya tak rasa kecil.Impian saya besar daripada aset pamela anderson walaupun masih kecil dan kerdil dimata manusia lain.Jika saya ini seorang bujang.Saya nak duduk dekat rumah apartment kecil.Rumah yang bersepah lebih indah buat saya.

Elergik saya kepada ruang yang terlalu bersih.Eee. Tak best.Kotor-kotor saya pun.Saya takkan biarkan tikus singgah mahligai saya.Apalagi lipas.

Dalam rumah saya.ada bilik satu dengan toilet satu pun cukuplah kalau tak mampu sangat nak tanggung hidup.Tak ada dapur pun saya tak kisah.Sebab saya tak reti masak.Saya cuma idamkan peti sejuk dan microwave. Itu saja.Cukup gila.Untuk sejukkan makanan dan panaskan makanan.

Ah indah benar ye hidup saya?Saya nak katil bujang jeh.Rak buku dengan meja yang boleh saya sendatkan laptop saya ,minuman minuman saya ditepi yang semestinya berbotol-botol pun saya takkan buang.Dan kamus ,bahan rujukan untuk saya menulis.

Saya mahukan kerusi yang lega.Biar tulang belakang saya tak sakit.Saya nak dvd player biar saya boleh pasang lagu Blues kuat-kuat sampai kena saman.Ulii tak kisah.

Saya tak nak jam loceng.Saya tak suka.Saya suka alarm handphone saya.Jam loceng menakutkan.Seryes.Saya akan tampal bilik saya penuh dengan kau-tahu-sendiri-lah-anak-remaja-tampal-apa, di seluruh ruang !

Biar nampak tenang.Biar saya dapat cuci mata.Biar saya tak nampak putih.Sebab putih buat saya rasa macam dekat syurga.Saya belum layak.

Kalau boleh saya nak rumah saya ada di tengah bandar lama.Saya sukakan riuh.Saya tak kisah pada bunyi hon dan bau asap lori.Asal saya dapat pergi dari sunyi,Saya suka lihat bangunan bandar yang lama-lama.

Paling best rumah tepi sungai klang.Sana okay sangat dengan impian saya.Saya akan menjadi orang seni.Saya akan duduk di rumah dan tulis sepanjang hari.Mahu terbitkan buku Saya.Biar semua orang dapat dengar 'suara' aku.Saya mahu bermonolog.

Saya tak peduli kepada kata orang yang bilang penulis tak akan kemana-mana.Income kecil.Ah biarlah.Janji saya dapat jadi orang.Daripada saya mencuri untuk beli dadah.Lebih baik jadi penulis.

Saya akan beli volkswagen van.Saya suka.Sebab saya hippi.Peace.Saya akan beli makanan diluar tiap hari tanpa merisaukan apa-apa sebab dalam akaun saya hari-hari masuk setengah juta.

Saya lah si kaya dalam hidup yang simpel.Klishe kan? Saya suka hidup macam tu.

Saya akan ada seorang boyfriend/suami (bertatu,berambut afro,ber-braces) yang baik hati.Memahami dan juga seorang penyair.Dan pada akhirnya akan melamar saya dibawah bintang.Macam yang selalu saya tuliskan di karya-karya saya.

Saya akan tetap dengan kawan-kawan saya yang saya panggil kawan ; Ety Syiera Sasi Shalani. Mereka ini roxsta sememangnya.Saya bawa dan saya sanjung sampai bila-bila.Meskipun ditakdirkan satu hari saya menang anugerah besar.Mereka saya kasi tempat duduk depan.I Love Youu.

Saya akan tetap dengan kasut sneekers kotor saya.Jeans lusuh saya.Beret saya.Tee grafik saya,beg kanvas saya yang penuh dengan pin,gelang hitam ditangan tak lekang dan rantai friendship Ety bagi saya. Saya akan pakai sampai rosak.Juga jari saya yang akan terus menaip.Saya pakai.Saya akan jadi begini.Selamanya begitu.Si kecil yang suka ketawa.Si kecil yang tak dengar nasihat.Degil dan rebel itu.Saya jadi.Tapi kali ini.Matang lah sikit.

Dan imej sebagai karyawan sampah.Saya mahu junjung. Itu saya suka.Tolong tolong.Hidup saya ,saya urus.Saya tahu macam bodoh.Tapi saya tak kisah.

Inilah impian saya.Seorang Ulii Azman yang kecil.