Monday, May 10, 2010

Hepi Singa Dae'

Hari ni saya pergi sekolah. Saya pergi sekolah tak bawak duit sebab saya memang suka simpan duit dalam kotak pink bunga-bunga saya kat rumah. Kira-kira dah 221 bucks. Baguskan saya? Leher saya lapis-lapis. Nenek saya kata leher macam gini leher rezeki. Jadi mungkin betullah kata orang tua tu. Alhamdulillah.

Walaupun saya tak berduit hari ni. Syiera tetap nak turun kantin. Nak beli Teh Lipton katanya. Katanya lagi ‘ aku belanja kau pulak!’ mula saya bajet malu. Tapi malu-malu hati, lubuknya jerit MAHU! So saya pun ambik air tin 1.30.

Syiera dan saya selalu pilih tempat duduk yang jauh dari pandangan orang. Tiba-tiba Sasi join the bitch. Aku seperti biasa akan berselamba pusi ambik makanan Sasi tanpa kebenaran. Dia pun pusi selamba juga dengan gelagat aku. tak pernah marah. Sebab tu aku pijak kepala. Pijak-pijak. Aku terpijak dengan soalan ..

“ macam mana celebration mothers day kau?”

Sasi kata dia satu family berkumpul sambil nyanyi lagu We Are The World. Syiera kata dia peluk mak dia dari belakang,cium pipi lepas tu cakap I LOVE YOU. Katanya lagi. Mak dia comel gila.dan dia rasa hari ibu tahun ni sangat meriah. saya diam sediam-diamnya.

Saya tak ada lah nak nyanyi lagu. Singa tak ada lah buat comel lote dengan saya. Saya cuma salam tangan dia and say ‘happy mothers day..” saya senyum. saya tak lagi buat kad macam dulu-dulu. Sebab saya tahu akan berabuk dalam laci. Saya tak lagi kumpul duit rela tak makan semata-mata nak beli coklat Cadbury sebab saya tahu akan dibiarkan dalam peti sejuk,akan digigit cuma sekali. sisa lain adik saya yang habiskan. Saya tak lagi susah-payah beli baju ‘ best mom in the world’ guna duit raya saya sebab saya tahu akan terjadi scene ‘ kenapa belikan mami ni? Kecik sangat lah.lagipun mami tak pakai. Ulii tahu kan mami suka apa?” saya senyum. “ tak apalah. Nanti mami frame.” Saya senyum. saya senyum sebab baju tu entah kemana dia campak.


Saya senyum.

Maafkan Ulii mami, berkat Ulii nak SPM tahun ni,Maafkan dosa-dosa kecik dengan besar Ulii. I love you.

It’s a bit late. To all Singa’s in the world. You.are.our.world.


Singa forever red
Saya forever monokrom