Thursday, July 1, 2010

"awak busuk" - Noh


Perempuan. Gelaran ‘perempuan’ kalau tengok aje. Kita fikirkan kasut. Kita fikirkan baju-baju mahal.Kita fikirkan handbag dan makeup tebal juga rambut hasil salon. Perempuan en.

Setiap perempuan yang dapat perhatian lebih sikit akan dikaitkan dengan ‘hot’. Kalau friend request banyak ‘eh hot doh u’ kalau lelaki nak ayat sikit ‘hot doh u’ kalau apa-apa sikit pastinya ‘hot doh’. Perempuan terlalu mahu jadi HOT.

Hot doh,hot doh .. hodoh juga lama-lama.

Tapi aku kurang faham dengan sesetengah perempuan yang berbadan besar. Maaf di awal kata kalau ada yang akan marah atau terasa dengan entri ini. Tapi aku bercakap ikut fenomena semasa. Perempuan badan besar, besar gila mungkin. Tak apa kalau kau mahu rasa konfiden,tak pernah salah di sisi undang-undang kalau kau mahu jadi manusia konfiden. Tapi usaha kau untuk kelihatan ‘cute’ akan otomatis bertukar menjadi ‘disgustingly cute’ apabila kau pakai baju yang terlalu ketat. Apa yang kau cuba buktikan? Bonjolon belah mana yang kau cuba pamerkan?

Bila kau terlalu sibuk memikirkan tentang kecantikkan. Kau lupa kalau-kalau kau akan ditertawakan. Dan diejek. Tak apa kalau kau nak cakap ‘ aku tak kisah apa orang fikir’.Tapi selama mana kau akan terus ‘tak kisah’ ? kalau orang cakap depan-depan. Marah. Tahu pun nak marah. Padahal kau sendiri yang cetuskan scene macam tu. Baru terkial-kial nak marah? Sebab rasa hina? Siapa suruh?

kau akan rasa bebal juga satu hari. Kau kena kisah kadang-kadang.kau harus sedar yang - Perempuan berbadan besar dan baju ketat - Tak akan jadi kawan baik. Baju ketat yang cantik itu sebenarnya musuh dalam selimut. Yang akan menjatuhkan maruah kau.

Kita cuba fit in so much. Tapi mungkin kita tak akan boleh fit. Kalau kita sendiri sibuk fikirkan siapa lebih comel,siapa lebih cantik.terlalu banggakan pujian.Kebulur dipuji.secara tak sengaja kita termasuk dalam golongan orang-orang ‘galok’ ,bak kata orang terengganu. Terlalu excited tentang penampilan. Ter-manipulasi dengan baju-baju cantik. Ter-manipulasi dengan pujian orang yang entah ye ke tak betul.

Kisah apa aku kalau tetek kau besar. Kisah apa aku kalau kau nak lelaki tengok tetek kau.kisah apa aku kalau aku tak ada tetek,aku flat. Kisah apa aku kalau lelaki rasa perut besar comel. Kisah apa aku?!

Aku kisah. sebab aku pun perempuan.

Sekali lagi, minta maaf kalau ada yang terasa hati. Aku tahu entri ini sensitive. Tapi aku perlu juga tuliskan.Bukan kerana aku mahu burukkan orang gemuk. tapi kerana aku .. kurang faham. Dan aku di sini, bercakap bukan sebagai perempuan kurus tapi sebagai perempuan yang selalu merasa ada kekurangan dan tak ada konfiden.