Tuesday, July 13, 2010

Hobby Baru I,


Hai, yang diatas itu hobi baru saya.cantik bukan? saya memang sukakan bunga.saya berimpian untuk ada taman bunga yang besar.Saya percaya untuk menjaga tanaman.kita harus ada love.Sebab tu saya tak pilih bunga Daisy atau African Violet.kerana 'love' itu belum ada.

kalau tak ada 'love' maka ia akan layu.Percayalah.Hati saya tak sampai nak tengok bunga mati.Meskipun,bunga itu saya tak minat.Memang tak sampai hati.

Saya ada dua impian lain selain taman bunga yang besar.Kalau saya jutawan.Saya mahu bina rumah orang-orang tua.Saya sukakan orang tua.Sangat.Sebab tu saya suka lepak dengan atuk dan nenek saya daripada membazir masa lepak dengan kawan-kawan yang ceritanya sama sahaja.Saya mahu namakan rumah orang-orang tua itu Yayasan Groovy.Bukan apa,cuma mereka ini telah diabaikan anak.So they need some groove.

saya suka bunga,saya suka orang tua dan saya suka haiwan dan alam sekitar walaupun kadang-kadang saya dengan tak kisahnya membuang kulit CocoPie dalam longkang.Dan saya masih seorang perokok jadi saya juga antara pengganas alam sekitar kerana tak keep the air clean.Tapi percayalah,I do care.

Sebab tulah impian ketiga saya.Saya mahu mogok.

Ye,saya mahu pegang pelanduk untuk provokasi untuk memprotes demi untuk membela hak asasi haiwan/manusia/alam sekitar. Anything,saya mahu mogok untuk sesuatu.Kerana saya suka.saya tanam bunga kerana saya suka,saya suka orang tua kerana mereka comel,saya suka mogok kerana saya mahu selamatkan dunia.

Saya pernah selamatkan anjing.Saya mahu selamatkan lebih banyak lagi.