Sunday, October 24, 2010

Kimia Tetap Kimia,

Bergadoh adalah salah satu aktiviti yang bagi aku sangat merangsang.

Macam malam semalam.Aku rasa sangat terangsang.Dengan cerita Elmo pasal si gigi besi.Campur pulak dengan kes teman wanita yang berada dalam dilema tak habis-habis nak provok orang dalam blog dan status fesbuk.Mana tak datang anginnya? Pasti datang.

Aku sebenarnya ada banyak masa untuk maki hamun dia kat sini.Tapi itu akan buat aku jadi sama saja macam dia.Aku akan ingat nasihat Pipi dengan Fro.Aku akan ingat semua kata-kata FairyGodSister yang dah jadi pembakar semangat aku selama ni.

Aku tak akan kata aku kuat.Aku akan sekadar senyum kalau orang kata aku kuat.Sebab aku sedar yang perempuan tetap perempuan.Perempuan akan teguh dengan perangainya yang sejati iaitu mengatakan diri dia kuat.Padahal sebenarnya dah separuh ropong.

Perempuan bajet superwoman.Jangan percaya.