Monday, December 20, 2010

Halalkan Diskriminasi Ini,

Sebagai seorang perempuan yang telah menganuti agama nerdisme sejak kecil,Nilai sosial aku agak rendah.Aku tak berapa pandai nak bergaul dengan orang.Aku malu,aku tak pandai berjenaka.Dan rupa aku tak lazat untuk disuapkan dek mata.Pendek cerita,I don't socialize that much.Lebih-lebih lagi dengan perempuan.Maaf sedalam-dalam kalau aku terus-terang bahawa aku anti dengan stok perempuan yang menjunjung topik berat badan.U kurus,I gemuk.Eh tak you lah kurus,I gemuk.

Nak you kurus,i gemuk sampai bila? Dengar cerita kiamat 2012.Takkan nak sembang rewind-rewind benda yang sama sampai 2012? Aku rasa dajal pun rimas.

Walaupun aku tak pandai bersosial.Tapi aku suka perhatikan cara orang bersosial.Banyak analisis aku berbaur sial.Teruk juga ea budak sosial bersosial? Dekat sini aku nak buat konfesi.Aku memang tak pandai bergaul dengan budak-budak high class.Yang jenis loaded,bahasa inggeris sebagai lingua franca hidup..errgh.Lifestyle mereka terlalu rumit untuk aku.I kennot explain secara detail.Tapi biar aku seorang ajelah yang faham.

Memang aku bekas pelajar dua buah sekolah swasta terkemuka.Dan ya aku memang pesen diajar cakap bahasa omputeh sejak kecik.Tapi aku lebih selesa bergaul dengan golongan urban village malaya.