Wednesday, March 9, 2011

Nourishment

Laman-laman web sosial itu sebenarnya adalah para guru paling unggul. Lebih unggul daripada tenaga-tenaga pengajar keramat yang lahirnya dari tanah dan angin hitam berufuk haram. Aku boleh lapis muka dan emosi aku dengan pelbagai jenis kain emas dan suci saranan diri sendiri. Tak ada transaksi-transaksi gelojoh yang boleh buat orang berfikir jenis-jenis misteri yang ada dalam diri.

Sebab semua orang nak jadi cool. Semua orang ada rasa sangap hendak tonjolkan estetika diri dalam urbanisasi kehidupan. Tiada siapa yang mahu dan perlu letakkan diri di dalam loji najis. Jadi tanpa siapa sedar, lahirlah monyet-monyet hardcore materialistik/hedonistik.

Tiada salah. Tiada salah hendak melabelkan diri sendiri cool. Sebab semua ada hak untuk dibenarkan diri dieksploitasi. Juga aku rasa, eksperimental zina jiwa di khalayak ramai itu juga adalah salah satu hak yang harus dipelihara. Siapalah bajingan-bajingan celaka yang berani meletakkan hukum-hukum berdasarkan perbezaan bangsa?