Sunday, March 6, 2011

Kisah Sofa dan Efeknya

Aku ada sofa merah.Sofa yang Singa beli dua tahun lepas untuk impress future husband dia,iaitu bapak tiri aku sekarang.Kalau balak datang rumah,rumah mestilah nampak mewah walaupun cuma rumah sewa 9 tahun.Semalam Malam pukul 8:17 malam aku dengan bibik aku disuruh buang sofa mewah itu sebab tak cukup space letak kandang baby Qaseh.

Dengan menggunakan tenaga dua orang gadis berbadan kecik halus,seorang 18 seorang 28 kami badangkan diri untuk angkat sofa berat macam celaka tu turun ke tempat tong sampah dari tingkat 3 apartment kami.Boleh tahan jauh lah kalau dalam tangan kau ada sofa seberat Unknown kg.Tapi berat lah.Sampai tempat tong sampah,pinggang aku plus tulang belakang sakit gila.Peluh dah boleh lawan peluh ahli bina badan,badan kilat barat.Yup.

Tiba-tiba aku ada idea susun cusions lama dari sofa yang dah dibuang tu dalam garaj tong sampah.Aku susun konon-konon 'kucing boleh tidur atas ni' dan tiba-tiba lagi,aku baring atas cusion tu.Dalam garaj tong sampah yang berbau,sempit,panas dan kotor semata-mata nak ambil feel jadi seorang anak jalanan,pengemis dan sampah masyarakat.Feel tu betul-betul terasa real (Aku dengan seluar pendek nampak pantat,selipar jepun merah dan baju boleh tahan lah.. Velvet Underground & Nico,Andy Warhol's.Banana Shirt)aku dapat rasa aura kesedihan yang para 'sampah-sampah' rasakan.

It's true.Untuk kita betul-betul faham dengan 'situasi' yang kita selalu bilang 'sabar,aku faham' bermakna kita wajib ada dalam kasut mereka.Baru-baru ni aku dengan Cinta Hati bergaduh.Aku sakitkan hati dia big time dan aku cakap 'I faham.' dia balas 'Apa yang you faham?'.He got me,mungkin aku tak faham apa-apa pun.

Tak lama lepas lepak dalam tong sampah.Aku keluar berpeluh-peluh.Terserempak Famingo,kucing jalanan warna oren.Aku belai dia as usual,cakap sikit dengan dia lepas tu baru aku naik rumah.Di rumah aku dapat call dari Nani,nenek aku.Dia cakap,dia dah disahkan ada sakit jantung.

Lalu apa rasanya pula ada penyakit kronik?