Kesedihan ini berlebih-lebih. Dada saya bagaikan dihempap objek keras kerananya. Setiap kali itu terjadi saya menjadi sukar untuk bernafas. Pada detik itu jugalah saya akan menangis seperti orang hilang akal. Air mata berlumba-lumba keluar, mata ini sepertinya tidak pernah kering dari tangisan. Jiwa ini terlalu lemah bila kamu tiada. Beginilah jadinya, kau tahu dimana kelemahanku. Kamu itulah kelemahanku. Sakit ini sakit kita berdua. Ini untuk menguatkan kita bukan membunuh apa yang kita ada. Sakit ini sakit kita berdua. Mereka tidak akan pernah mengerti maka jangan cuba untuk bikin mereka mengerti, kerana mereka tak tahu apa yang kita juangkan. Satu hari nanti, bila masanya tiba, kita akan menang. Buat masa ini..biarkan rasa sakit ini menjadi sakit kita berdua.