Wednesday, September 30, 2009

Geng Bas Sekolah,


Dulu masa aku kecik-kecik.Kalau petang pergi sekolah agama.Dekat sana aku jumpa sorang budak laki. Sama baya dengan aku time tuh.Nama dia Fauzan.Aku ingat.Kita kapel.Aku sayang dia,dia sayang aku.

Setiap hari kita akan naik bas sekolah yang sama.Bas mak bedah.Aku ingat.Dah tua dah mak bedah sekarang.Mak bedah akan hantar aku dulu.Sebab rumah aku dekat berbanding Fauzan.

Bila dah sampai tak sah kalau Fauzan tak cium pipi aku.Semua tau kita kapel.Dia dah macam shah rukh khan aku time tuh.Sebab zaman tu aku cuma tahu shah rukh khan jeh.Sumpah aku suka dia.

Dekat sekolah agama yang sama kita pergi.Ada budak pompuan.Tak ingat pula aku apa nama setan ni.Tapi dia selalu jeles kat aku.Sebab dia suka Fauzan juga.One day dia tarik tangan Fauzan.Gelak-gelak.

Bila aku tegur Fauzan.Dia bagi aku muka kerek.Rupanya si minah setan ni dah hasut dia.Aku tak ingat apa.But akhirnya Fauzan datang balik dekat aku.Kecik-kecik pun kisah cinta da macam orang berlakon siot.Trajis habis.

Dah lama lepas tuh.Aku pindah kuala lumpor.Aku tak jumpa Fauzan lagi.Tapi.He was my first love.And the first guy that kissed me.Agaknya macam mana rupa dia sekarang ? Masih shah rukh khan yang sama aku kenal dulu or not ? Mesti dia tinggi kan? Berapa umur dia actually (hehe) ? Dia ni hidup ke mati? Haih.Mana lah dia sekarang.Dia ingat aku lagi tak agak-agak?

Tadi aku tengok movie 'Love'.The last part dia ada cakap ;

Cinta yang sejati,cinta yang kita kira sudah pergi
Ternyata cuma bersembunyi,menunggu untuk kembali lagi


So.Cerita aku macam ayat dekat atas ke ? Hope so.Aku nak doh jumpa dia lagi.Seryes.Kisah hidup aku en.Semua boleh buat jadi buku best seller.Buat movie pun boleh.


Tumpang lalu ; Selamat meniup lilin kek spesial kepada adik aku dan Anak Raja.Pelik.Hari ini hari mereka.Tapi dah tiga orang ucap happy birthday dekat aku.Hesh tak best lah macam ni.Aku 5 oktober lah.Anyways,Thanks.