Sunday, October 11, 2009

Juju,


Aku bangun setiap petang dan cakap selamat pagi dekat orang tanpa rasa bersalah.Aku gosok gigi cuci muka terus pergi makan apa-apa yang ada kat dapur.Kalau tak ada aku online sampai bosan baru aku mandi.Kalau tak nak mandi aku tidur balik atau dengar lagu-lagu kat phone aku sebab mp3 aku dah rosak.Adik aku buat.Kurang ajar.Then petang sikit dekat-dekat nak malam baru aku mandi.

Malam aku online lagi sampai pagi.Usya itu ini.Pagi pukul 3,4 baru aku makan malam.Lepas tu aku pergi masuk tidur.Kadang-kadang dengan Encik Cobain.Dan jadual yang sama akan berputar balik setiap hari. Aku tak tahu apa yang lebih baik nak buat.Aku bosan buat benda masuk akal.Macam malas je.Asek nak buat benda yang bodoh-bodoh, tak masuk akal yang akan menimbulkan caci maki.

Sekali tadi aku rasa bangga dengan diri aku sebab aku berjaya buat benda masuk akal.Setelah sekian lama meninggalkan blog karya aku sampai berabuk.Aku siapkan cerpen Isa & Zara. Entah orang akan suka ke tak.Aku tulis aku suka.Yes aku dapat post karya october akhirnya !


Sekarang masalah pokok aku.Aku punya finals lagi dua minggu. tolak hari-hari yang tak penting ; esok finals! aku tak baca buku pun,semalam aku baca pun sejam je. Aku mengantuk tengok muka buku.Buku pun mengantuk tengok muka aku.Dua dua nyirap.Duit pulak dah makin nipis.Aku rasa kali ni duit aku akan banyak habis untuk camera. Cuci gambar ,Beli filem dan blablabla.


Nasib kau lah macha.Berak jelah.Apa mahu bikin kan.